ONE DRONE : A THOUSAND STORIES...

Life isn't perfect but drones can be...!

Siapa saya?

Zek Aman Bin Abd Ghani merupakan anak jati Pekan, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan lepasan SMV Kuantan, Pahang dan pesara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pahang dan sekarang bekerja sepenuh masa dalam bidang dron dan bekerjasama dengan beberapa syarikat dron antarabangsa. 

Seorang yang pakar dalam merekabentuk modul kursus latihan dengan kandungan teknikal serta merekabentuk pelbagai jenis dron untuk kegunaan khusus.

Beliau telah membuktikan kejayaan dalam menganjurkan pelbagai siri latihan yang melibatkan dron DIY, rekreasi, industrial dan pertanian. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman dengan pelbagai pihak serta mengajar ilmu berkaitan dron dan membuat kajian berkaitan teknologi dron. 

Pengalaman

INDUSTRI

25 tahun pengalaman dalam bidang elektronik dan IT.

UAS

Berkecimpung dalam bidang dron sejak tahun 2009.

TINGKATKAN POTENSI DIRI ANDA

Alangkah rugi orang malas yang takut untuk menghadapi cabaran serta tidak menghargai ilmu, sementara orang rajin melihat cabaran sebagai peluang untuk belajar dan maju dalam meningkatkan pengalaman dan kepakaran serta sentiasa mencari pengetahuan untuk meningkatkan potensi diri.

DUNIA TEKNOLOGI DRON KINI TIADA BATASAN

Temui buku panduan asas kami untuk menguasai teknologi dron dan ketahui bahawa anda sebenarnya mempunyai kemahiran atau bakat untuk membina dron anda sendiri.

Buku yang PERTAMA KALI sepenuhnya ditulis dalam BAHASA MALAYSIA ini bertujuan untuk lebih pemahaman serta menjadi rujukan mudah untuk segenap lapisan pembaca yang berminat untuk mempelajari ASAS dalam teknologi dron.

Panduan Asas Dron DIY

'PANDUAN ASAS DRON DIY' adalah sebuah buku yang menyediakan panduan asas yang boleh dianggap ‘kitab lengkap’ untuk mereka yang berminat untuk mempelajari dan membina dron sendiri. Ia merangkumi semua aspek penting dari proses pembinaan dron, termasuk pemilihan komponen, pemasangan, pengaturan, pemasangan dan keselamatan.

Melalui buku ini, pembaca akan didedahkan dengan teknik dan proses pemasangan dron dengan mudah secara langkah demi langkah. Selain itu, penulis turut berkongsi tips-tips sebagai input tambahan.

Kandungan Buku PANDUAN ASAS DRON DIY

'PANDUAN ASAS AGRI DRON' adalah sebuah buku yang menyediakan panduan asas yang boleh dianggap ‘lengkap’ untuk mereka yang berminat untuk mempelajari berkaitan dron pertanian serta akan berkemampuan membina dan menyelenggara dron pertanian sendiri. Ia merangkumi semua aspek penting dari penggunaan dron dalam pertanian termasuk proses pembinaan dron, pemilihan komponen, pemasangan, pengaturan, pemasangan dan keselamatan.

Melalui buku ini, Bagi mereka yang berminat membina projek dron pertanian secara DIY menggunakan komponen dron pertanian yang dijual dalam pasaran, pembaca akan didedahkan dengan teknik dan proses pemasangan dron dengan mudah secara langkah demi langkah dan buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan anda. Terdapat juga idea-idea yang membolehkan anda melakukan sesuatu dengan perisian dan perkakasan tersebut Selain itu, penulis turut berkongsi tips-tips sebagai input tambahan.

Panduan Asas

AGRI Dron

Kandungan Buku PANDUAN ASAS AGRI DRON

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU...?

BELI SEKARANG...!

Get in touch

+6012 959 3938
masterzekaman@gmail.com

Copyright © 2024 zekaman®. All rights reserved.